1.Konsep Sukatan
Pelajaran
Menurut
Mok Soon Sang, sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan
suatu matapelajaran tertentu. Sukatan mata pelajaran ini biasanya mengandungi
beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan
kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR)
atau tingkatan (dalam kelas KBSM). Semua perkara tersebut dihuraikan secara
terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai
panduan asas semasa menyediakan rancangan kerjanya (Mok Soon Sang, 2010).
Manakala
menurut Tan Chee Yee, sukatan pelajaran merupakan dokumen utama dan rasmi yang
menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran. Ia
mengandungi butir-butir ringkas tentang mata pelajaran yang diajar kepada
murid-murid di sekolah. Sukatan mata pelajaran menjadi asas pengajaran di
sekolah. Di Amerika Syarikat dan Kanada, sekolah mempunyai hak dan kebebasan
untuk membentuk sukatan pelajaran sendiri dengan mengimbangkan perkara-perkara
seperti soal sosial, budaya, keperluan dan lain-lain. Di negara kita, sukatan
pelajaran bagi setiap mata pelajaran untuk semua darjah atau tahun di sekolah
rendah dan menengah disediakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum. Jadi, di Malaysia semua sekolah rendah dan menengah
mempunyai satu sukatan pelajaran bersama. Dengan menggunakan sukatan mata
pelajaran bersama dan dengan mengadakan kawalan
dan peneyeliaan yang dibuat oleh Jemaah Nazir, peperiksaan berpusat dan Jabatan
Pendidikan Negeri dan sebagainya, Kementerian Pendidikan menjamin kualiti
pendidikan yang disampaikan kepada murid-murid di sekolah. Disamping itu juga
Kementerian Pendidikan menyamakan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran
untuk semua murid di seluruh negara.
Perkara-perkara
tersebut diterangkan dengan teliti dari segi kesesuaian, peringkat pembelajaran
dan keperluan individu dan masyarakat. Sebelum seseorang guru mula mengajar
sesuatu mata pelajaran, dia mesti mengkaji dan menganalisis sukatan pelajaran
yang berkenaan dengan teliti dan mendalam. Soalan-soalan yang harus
dipersoalkan terhadap sesuatu sukatan pelajaran disenaraikan berikut:
- Apakah objektif-objektif pelajaran itu?
- Berapakah topik pelajaran telah disusun dalam sukatan pelajaran?
- Berapakah jumlah waktu sesuatu mata pelajaran itu dalam seminggu?
- Dapatkah sesuatu mata pelajaran diajar dan dipelajari oleh murid yang berkebolehan sederhana dan lambat dalam darjah tersebut?
- Adakah topik-topik ini paling sesuai untuk darjah ini dan bukan untuk darjah lain?
- Adakah murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada untuk pembelajaran topik-topik ini?
- Apakah strategi yang sesuai dan berkesan untuk mengajar topik-topik ini?
- Adakah topik-topik ini berkaitan dengan alam sekitar murid dan sekolah?
- Adakah ia berkaitan dengan mata pelajaran lain yang sedang dipelajari oleh murid?
- Adakah tajuk-tajuk ini meluaskan pengalaman dan kefahaman murid?
- Bolehkah tajuk pengajaran habis diajar dalam masa peruntukan?
- Bagaimana dan siapakah akan menyusun rancangan kerja?
- Buku teks apakah yang digunakan berdasarkan sukatan pelajaran?
Adalah
baik dan perlu guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama berbincang dalam
kumpulan tentang segala soalan yang ditimbulkan. Jawatankuasa matapelajaran
harus di tubuh dibawah pimpinan seorang guru kanan (Tan Chee Yee, 1988).
2 Peranan Sukatan
Pelajaran Subjek Bahasa Melayu KBSR
Kurikulum
persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan
pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan
kurikulum bertujuan menyatupadukan elemen terkini dalam pendidikan, memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid untuk menghadapi
cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberikan
penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan
peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat
berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika
tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan matapelajaran teras yang
wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras
dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi penggunaan bahasa yang
menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal
bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa
dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain
itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada matapelajaran yang
lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini
membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan
harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan
sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan
pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang
berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan
di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan
kemahiran berbahasa murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran
menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung
matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi
Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003).
adakah sukatan pelajaran membawa maksud yang sama dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran? atau adakah kedua-duanya berlainan?
ReplyDelete