Bagi sape2 yg nk baca refleksi Macro teaching bg group sy, sila la jenguk2 di bawah ye... SELAMAT MEMBACA SEMUA..
REFLEKSI P&P KUMPULAN
Ahli:
Nik Nor Imani Bt Nik Hussin
(L20112006834)
Nor Adlini Bt Mat Piah (L20112006834)
Nor Azila Bt Mohd Nasir (L20116806)
1.0 REFLEKSI KENDIRI
Melalui
penglibatan dan pengalaman semasa menjalankan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
di Sekolah Menengah Islam Aman, saya dapat melihat beberapa aspek yang perlu
diperbaiki terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
laksanakan di sekolah tersebut sama ada dari aspek-aspek yang dilihat itu
adalah aspek positif, aspek negatif dan aspek yang menarik perhatian.
2.0 ASPEK-ASPEK POSITIF YANG
BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
2.1 Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
komunikasi antara pelajar dan guru sangat penting dalam penyampaian ilmu.
Dengan itu, penyampaian secara teratur dan mudah difahami pelajar sangat
diperlukan.
2.2 Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan
sebelum proses P&P dijalankan. Ini akan memberi garis panduan kepada guru
untuk melaksanakan aktiviti di dalam kelas.
2.3 Pengawalan kelas merupakan aspek penting ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dengan kawalan kelas yang baik
akan membantu proses P&P agar berjalan dengan lancar.
2.4 Hubungan mesra wujud sesama masyarakat sekolah
iaitu antara guru, pentadbir dan pelajar-pelajar. Selain itu pelajar
mengamalkan konsep memberikan senyuman, tanda hormat dan memberi salam kepada
guru-guru dan orang yang lebih tua serta tetamu yang hadir perlu dijadikan
contoh kepada semua bakal guru dan masyarakat. Dengan amalan ini menyemai sifat
saling hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama manusia.
2.5 Interaksi dan komunikasi yang mesra terjalin di
antara guru dengan kakitangan dan juga pelajar. Situasi seperti ini menjadikan
soal pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan dalam
suasana yang selesa dan tidak memberi tekanan.
2.6 Kesungguhan guru-guru di sini dalam mendidik para
pelajar wajar saya jadikan sebagai panduan kerana menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin. Guru-guru di sini bersedia
mengorbankan tenaga dan masa walaupun pada waktu hujung minggu dalam
melaksanakan tugas mendidik pelajar.
3.0 ASPEK-ASPEK YANG BOLEH DIPERBAIKI
3.1 Cara penyampaian guru hendaklah selaras dengan
kemampuan pelajar. Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai dengan tahap
pemikiran pelajar sedikit sebanyak membantutkan proses penyampaian ilmu. Hal
ini kerana tidak keseluruhan pelajar di dalam kelas mempunyai kemampuan atau
kefahaman yang sama.
3.2 Bahan bantu mengajar perlulah jelas dan sesuai
dengan kedudukan pelajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang kecil akn
merumitkan pelajar untuk membacanya.
3.3 Guru perlu tenang menghadapi situasi pelajar yang
berbagai. Pelajar-pelajar yang berlatar-belangkan pendidikan yang berbeza akan
mewujudkan situasi pembelajaran yang berbeza antara setiap individu.
4.0 ASPEK-ASPEK YANG MENARIK PERHATIAN
Melalui pemerhatian yang dibuat, guru
akan memastikan kelas berada di dalam keadaan bersih dan kemas sebelum
memulakan pengajaran. Alat Bantu mengajar seperti radas, soalan, jadual dan
gambar rajah dilekatkan di papan kenyataan bagi memudahkan pelajar membuat
rujukan. Di dalam kelas juga terdapat sudut bacaan di mana murid boleh
mendapatkan bahan bacaan tambahan.
Di samping itu, susun atur perabot dan pembahagian
kumpulan juga amat dititikberatkan. Perbezaan jantina di dalam pembahagian kumpulan
memberi peluang kepada pelajar untuk
bergaul dengan lebih baik, tertib, bertanggungjawab, menjaga adab kerja
berkumpulan yang walaupun tidak bercampur dengan kumpulan, mereka tetap
bercampur belajar di dalam kelas yang sama. Hal ini juga dapat meluaskan lagi ruang
persefahaman dan tolenrasi antara pelajar.
Selain suasana kelas,
peraturan dan disiplin juga mendorong ke arah keberkesanan P&P. Disiplin
dapat membentuk tingkah laku baik manakala peraturan dapat mengawal dan
mencorakkan tingkah laku positif disamping mencegah pelajar daripada melakukan
perbuatan yang tidak diingini. Guru perlu tegas melaksanakan peraturan yang
telah dibuat untuk kebaikan pelajar.
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=gmail&attid=0.3&thid=13ba3ab101569982&mt=application/msword&url=https://mail.google.com/mail/u/0/?ui%3D2%26ik%3D8f17c4058b%26view%3Datt%26th%3D13ba3ab101569982%26attid%3D0.3%26disp%3Dsafe%26realattid%3Df_has5402w2%26zw&sig=AHIEtbRx2T9e3Ij8abPnSERRGSFKppQicg
No comments:
Post a Comment