Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal
dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk
tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan
dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi
pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama
mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat
murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi
pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran
memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan
ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar
bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru
juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka
sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang
dipersembahkan oleh guru mereka.
Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah
Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau
permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:
i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Objektif-objektif Set Induksi
Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
Komponen-komponen Set Induksi.
Komponen-komponen
utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan
motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.
i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur
ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa
ingin tahu murid-murid.
ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang
sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian,
barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah.
(Omardin Ashaari,1997).
iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan
sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih
berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki
boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.
iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan
atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba
menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian
itu dengan teliti”.
Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.
Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan
dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan
mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.
Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
Menyediakan
satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
panduan menulis RPH :
RPH perlu mengandungi tiga (3) bahagian:
1. Maklumat Umum
2. Langkah Pengajaran
3. Refleksi
Bahagian Maklumat Umum mengandungi perkara-perkara berikut:
Tarikh
Masa
Kelas
Bilangan Pelajar
Pelajaran
Bahagian
Tajuk
Kemahiran Berfikir
Penerapan Nilai
Pengetahuan Sedia Ada
Hasil Pembelajaran:
Aras 1
Aras 2
Aras 3
Pernyataan
aras mestilah berdasarkan cadangan aras yang terdapat dalam HSP. Anda
mungkin perlu ubahsuainya mengikut keupayaan pelajar dan kekangan
semasa. Aras ini hendaklah disusun mengikut Aras Kognitif yang
dikemukakan oleh Bloom seperti berikut:
1. Pengetahuan.
2. Kefahaman.
3. Aplikasi.
4. Analisis.
5. Sintesis.
6. Penilaian.
Bahagian Langkah Pengajaran mengandungi perkara-perkara berikut:
Langkah-
Setiap langkah mesti relevan dengan aras yang telah ditetapkan iaitu
langkah 1 untuk menanggapi Aras 1 dan seterusnya. Setiap langkah
sebaiknya mengandungi cadangan penilaian aras dan langkah pemulihan yang
bersesuaian.
Isi Pelajaran- Huraian isi pelajaran secara detail
Aktiviti.
Setiap aktiviti yang dicadangkan sebaiknya mewakili satu teknik
pengajaran. Dengan cara ini anda dapat mempelbagaikan teknik pengajaran
dalam setiap langkah. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menarik
perhatian pelajar dan mengelakkan kebosanan belajar.
Catatan
Bahagian Refleksi pula mengandungi perkara-perkara berikut:
Refleksi Guru Pelatih
Ulasan Guru Pembimbing
Ulasan Pensyarah Pembimbing
Contoh RPH dr Group sy ada di link bawah...sma2 tengok dan selamat menilai ye..
Bagi sape2 yg nk baca refleksi Macro teaching bg group sy, sila la jenguk2 di bawah ye... SELAMAT MEMBACA SEMUA..
REFLEKSI P&P KUMPULAN
Ahli:
Nik Nor Imani Bt Nik Hussin
(L20112006834)
Nor Adlini Bt Mat Piah (L20112006834)
Nor Azila Bt Mohd Nasir (L20116806)
1.0 REFLEKSI KENDIRI
Melalui
penglibatan dan pengalaman semasa menjalankan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
di Sekolah Menengah Islam Aman, saya dapat melihat beberapa aspek yang perlu
diperbaiki terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
laksanakan di sekolah tersebut sama ada dari aspek-aspek yang dilihat itu
adalah aspek positif, aspek negatif dan aspek yang menarik perhatian.
2.0ASPEK-ASPEK POSITIF YANG
BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
2.1Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
komunikasi antara pelajar dan guru sangat penting dalam penyampaian ilmu.
Dengan itu, penyampaian secara teratur dan mudah difahami pelajar sangat
diperlukan.
2.2Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan
sebelum proses P&P dijalankan. Ini akan memberi garis panduan kepada guru
untuk melaksanakan aktiviti di dalam kelas.
2.3Pengawalan kelas merupakan aspek penting ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dengan kawalan kelas yang baik
akan membantu proses P&P agar berjalan dengan lancar.
2.4Hubungan mesra wujud sesama masyarakat sekolah
iaitu antara guru, pentadbir dan pelajar-pelajar. Selain itu pelajar
mengamalkan konsep memberikan senyuman, tanda hormat dan memberi salam kepada
guru-guru dan orang yang lebih tua serta tetamu yang hadir perlu dijadikan
contoh kepada semua bakal guru dan masyarakat. Dengan amalan ini menyemai sifat
saling hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama manusia.
2.5Interaksi dan komunikasi yang mesra terjalin di
antara guru dengan kakitangan dan juga pelajar. Situasi seperti ini menjadikan
soal pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan dalam
suasana yang selesa dan tidak memberi tekanan.
2.6Kesungguhan guru-guru di sini dalam mendidik para
pelajar wajar saya jadikan sebagai panduan kerana menjadi tanggungjawab seorang
guru untuk menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin. Guru-guru di sini bersedia
mengorbankan tenaga dan masa walaupun pada waktu hujung minggu dalam
melaksanakan tugas mendidik pelajar.
3.0ASPEK-ASPEK YANG BOLEH DIPERBAIKI
3.1Cara penyampaian guru hendaklah selaras dengan
kemampuan pelajar. Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai dengan tahap
pemikiran pelajar sedikit sebanyak membantutkan proses penyampaian ilmu. Hal
ini kerana tidak keseluruhan pelajar di dalam kelas mempunyai kemampuan atau
kefahaman yang sama.
3.2Bahan bantu mengajar perlulah jelas dan sesuai
dengan kedudukan pelajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang kecil akn
merumitkan pelajar untuk membacanya.
3.3Guru perlu tenang menghadapi situasi pelajar yang
berbagai. Pelajar-pelajar yang berlatar-belangkan pendidikan yang berbeza akan
mewujudkan situasi pembelajaran yang berbeza antara setiap individu.
4.0ASPEK-ASPEK YANG MENARIK PERHATIAN
Melalui pemerhatian yang dibuat, guru
akan memastikan kelas berada di dalam keadaan bersih dan kemas sebelum
memulakan pengajaran. Alat Bantu mengajar seperti radas, soalan, jadual dan
gambar rajah dilekatkan di papan kenyataan bagi memudahkan pelajar membuat
rujukan. Di dalam kelas juga terdapat sudut bacaan di mana murid boleh
mendapatkan bahan bacaan tambahan.
Di samping itu, susun atur perabot dan pembahagian
kumpulan juga amat dititikberatkan. Perbezaan jantina di dalam pembahagian kumpulan
memberi peluang kepada pelajar untuk
bergaul dengan lebih baik, tertib, bertanggungjawab, menjaga adab kerja
berkumpulan yang walaupun tidak bercampur dengan kumpulan, mereka tetap
bercampur belajar di dalam kelas yang sama. Hal ini juga dapat meluaskan lagi ruang
persefahaman dan tolenrasi antara pelajar.
Selain suasana kelas,
peraturan dan disiplin juga mendorong ke arah keberkesanan P&P. Disiplin
dapat membentuk tingkah laku baik manakala peraturan dapat mengawal dan
mencorakkan tingkah laku positif disamping mencegah pelajar daripada melakukan
perbuatan yang tidak diingini. Guru perlu tegas melaksanakan peraturan yang
telah dibuat untuk kebaikan pelajar.
Seperkara lagi yang menarik
perhatian saya ialah sikap pelajar-pelajarnya yang menghormati guru. Walaupun
terdapat pelajar yang nakal, ucapan salam mekar dibibir para pelajar setiap
kali bertemu dengan guru malahan mereka ringan tulang untuk membantu guru. Tidak
kira mereka pelajar lelaki mahupun perempuan. Sikap ini telah diterapkan semasa
mereka mula-mula memasuki tingkatan1 lagi sehinggalah ke tingkatan 5.