Sunday, December 16, 2012

AKTIVITI SEM II

menyiapkan abbm utk pemikiran kritis dan kreatif

hasil kerja keras ahli group...inilah hasilnya  =)







SET INDUKSI & KOMPONENNYA

Definisi Set Induksi

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.

Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.

 Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:

i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.


Objektif-objektif Set Induksi 
Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:

i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.

 Komponen-komponen Set Induksi.
Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.

i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”.


Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.
 Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:

i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

CONTOH SET INDUKSI BERBENTUK VIDEO:

UNTUK SUBJEK GEOGRAFI

 SUBJEK SAINS

SUBJEK PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

assignmant part 3


 slide presentation...

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=gmail&attid=0.2&thid=13ba3ab101569982&mt=application/vnd.openxmlformats-officedocument.presentationml.presentation&url=https://mail.google.com/mail/u/0/?ui%3D2%26ik%3D8f17c4058b%26view%3Datt%26th%3D13ba3ab101569982%26attid%3D0.2%26disp%3Dsafe%26realattid%3Df_has5402n1%26zw&sig=AHIEtbQb0rjN3BA50KD3aduH_CEzpV8aVg




ASSIGNMENT OH ASSIGNMENT part 2






Rancangan pengajaran harian...

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

  1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
  2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
  3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
  4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
  5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
  6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
  7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
  8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.


 panduan menulis RPH :

RPH perlu mengandungi tiga (3) bahagian:
1. Maklumat Umum
2. Langkah Pengajaran
3. Refleksi

Bahagian Maklumat Umum mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Tarikh
  2. Masa
  3. Kelas
  4. Bilangan Pelajar
  5. Pelajaran
  6. Bahagian
  7. Tajuk
  8. Kemahiran Berfikir
  9. Penerapan Nilai
  10. Pengetahuan Sedia Ada
  11. Hasil Pembelajaran:
Aras 1
Aras 2
Aras 3

Pernyataan aras mestilah berdasarkan cadangan aras yang terdapat dalam HSP. Anda mungkin perlu ubahsuainya mengikut keupayaan pelajar dan kekangan semasa. Aras ini hendaklah disusun mengikut Aras Kognitif yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut:
1. Pengetahuan.
2. Kefahaman.
3. Aplikasi.
4. Analisis.
5. Sintesis.
6. Penilaian.

Bahagian Langkah Pengajaran mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Langkah- Setiap langkah mesti relevan dengan aras yang telah ditetapkan iaitu langkah 1 untuk menanggapi Aras 1 dan seterusnya. Setiap langkah sebaiknya mengandungi cadangan penilaian aras dan langkah pemulihan yang bersesuaian.
  2. Isi Pelajaran- Huraian isi pelajaran secara detail
  3. Aktiviti. Setiap aktiviti yang dicadangkan sebaiknya mewakili satu teknik pengajaran. Dengan cara ini anda dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dalam setiap langkah. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menarik perhatian pelajar dan mengelakkan kebosanan belajar.
  4. Catatan

Bahagian Refleksi pula mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Refleksi Guru Pelatih
  2. Ulasan Guru Pembimbing
  3. Ulasan Pensyarah Pembimbing

Contoh RPH dr Group sy ada di link bawah...sma2 tengok dan selamat menilai ye..

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=gmail&attid=0.4&thid=13ba3ab101569982&mt=application/vnd.openxmlformats-officedocument.wordprocessingml.document&url=https://mail.google.com/mail/u/0/?ui%3D2%26ik%3D8f17c4058b%26view%3Datt%26th%3D13ba3ab101569982%26attid%3D0.4%26disp%3Dsafe%26realattid%3Df_has540313%26zw&sig=AHIEtbSLhN63u0zzl-KJWwP8ce4-ECpsbg
.


REFLEKSI P&P


Bagi sape2 yg nk baca refleksi Macro teaching bg group sy, sila la jenguk2 di bawah ye... SELAMAT MEMBACA SEMUA..

REFLEKSI P&P KUMPULAN
Ahli:
Nik Nor Imani Bt Nik Hussin (L20112006834)
Nor Adlini Bt Mat Piah (L20112006834)
Nor Azila Bt Mohd Nasir (L20116806)
1.0 REFLEKSI KENDIRI
      Melalui penglibatan dan pengalaman semasa menjalankan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Islam Aman, saya dapat melihat beberapa aspek yang perlu diperbaiki terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan di sekolah tersebut sama ada dari aspek-aspek yang dilihat itu adalah aspek positif, aspek negatif dan aspek yang menarik perhatian.
2.0   ASPEK-ASPEK POSITIF YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
2.1  Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi antara pelajar dan guru sangat penting dalam penyampaian ilmu. Dengan itu, penyampaian secara teratur dan mudah difahami pelajar sangat diperlukan.
2.2  Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebelum proses P&P dijalankan. Ini akan memberi garis panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti di dalam kelas.
2.3  Pengawalan kelas merupakan aspek penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dengan kawalan kelas yang baik akan membantu proses P&P agar berjalan dengan lancar.
2.4  Hubungan mesra wujud sesama masyarakat sekolah iaitu antara guru, pentadbir dan pelajar-pelajar. Selain itu pelajar mengamalkan konsep memberikan senyuman, tanda hormat dan memberi salam kepada guru-guru dan orang yang lebih tua serta tetamu yang hadir perlu dijadikan contoh kepada semua bakal guru dan masyarakat. Dengan amalan ini menyemai sifat saling hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama manusia.
2.5  Interaksi dan komunikasi yang mesra terjalin di antara guru dengan kakitangan dan juga pelajar. Situasi seperti ini menjadikan soal pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikendalikan dalam suasana yang selesa dan tidak memberi tekanan.
2.6  Kesungguhan guru-guru di sini dalam mendidik para pelajar wajar saya jadikan sebagai panduan kerana menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin. Guru-guru di sini bersedia mengorbankan tenaga dan masa walaupun pada waktu hujung minggu dalam melaksanakan tugas mendidik pelajar.
3.0  ASPEK-ASPEK YANG BOLEH DIPERBAIKI
3.1  Cara penyampaian guru hendaklah selaras dengan kemampuan pelajar. Penggunaan laras bahasa yang tidak sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sedikit sebanyak membantutkan proses penyampaian ilmu. Hal ini kerana tidak keseluruhan pelajar di dalam kelas mempunyai kemampuan atau kefahaman yang sama.
3.2  Bahan bantu mengajar perlulah jelas dan sesuai dengan kedudukan pelajar di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang kecil akn merumitkan pelajar untuk membacanya.
3.3  Guru perlu tenang menghadapi situasi pelajar yang berbagai. Pelajar-pelajar yang berlatar-belangkan pendidikan yang berbeza akan mewujudkan situasi pembelajaran yang berbeza antara setiap individu.
4.0  ASPEK-ASPEK YANG MENARIK PERHATIAN
Melalui pemerhatian yang dibuat, guru akan memastikan kelas berada di dalam keadaan bersih dan kemas sebelum memulakan pengajaran. Alat Bantu mengajar seperti radas, soalan, jadual dan gambar rajah dilekatkan di papan kenyataan bagi memudahkan pelajar membuat rujukan. Di dalam kelas juga terdapat sudut bacaan di mana murid boleh mendapatkan bahan bacaan tambahan.
Di samping itu, susun atur perabot dan pembahagian kumpulan juga amat dititikberatkan. Perbezaan jantina di dalam pembahagian kumpulan memberi peluang kepada pelajar  untuk bergaul dengan lebih baik, tertib, bertanggungjawab, menjaga adab kerja berkumpulan yang walaupun tidak bercampur dengan kumpulan, mereka tetap bercampur belajar di dalam kelas yang sama. Hal ini juga dapat meluaskan lagi ruang persefahaman dan tolenrasi antara pelajar.
Selain suasana kelas, peraturan dan disiplin juga mendorong ke arah keberkesanan P&P. Disiplin dapat membentuk tingkah laku baik manakala peraturan dapat mengawal dan mencorakkan tingkah laku positif disamping mencegah pelajar daripada melakukan perbuatan yang tidak diingini. Guru perlu tegas melaksanakan peraturan yang telah dibuat untuk kebaikan pelajar.
Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah sikap pelajar-pelajarnya yang menghormati guru. Walaupun terdapat pelajar yang nakal, ucapan salam mekar dibibir para pelajar setiap kali bertemu dengan guru malahan mereka ringan tulang untuk membantu guru. Tidak kira mereka pelajar lelaki mahupun perempuan. Sikap ini telah diterapkan semasa mereka mula-mula memasuki tingkatan1 lagi sehinggalah ke tingkatan 5.


https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=gmail&attid=0.3&thid=13ba3ab101569982&mt=application/msword&url=https://mail.google.com/mail/u/0/?ui%3D2%26ik%3D8f17c4058b%26view%3Datt%26th%3D13ba3ab101569982%26attid%3D0.3%26disp%3Dsafe%26realattid%3Df_has5402w2%26zw&sig=AHIEtbRx2T9e3Ij8abPnSERRGSFKppQicg



ASSIGNMENT OH ASSIGNMENT


Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran

Topik: Daya dan Gerakan

Unit
Pengetahuan dan Kefahaman
Konsep/Istilah
Teori/Prinsip
Fakta
Unit 1:
Gerakan Linear
(Definisi Gerakan Linear)
  1. Jarak dan sesaran
  2. Laju dan halaju
  3. Pecutan




  1. hukum Newton II

Daya ialah suatu kuantiti fizik yang menggerakkan objek yang pegun, merubah suatu bentuk dan memecutkan objek yang bergerak.


Unit
Kaedah/Kemahiran
Analisis
Unit 2:
Gerakan linear
(kajian gerakan linear)
1.      Penerangan
2.      Eksperimen
3.      Perbincangan

1. Menganalisis corak gerakan linear pada pita detik


Unit
Sintesis
Aplikasi
Penilaian
Unit 3:
Gerakan Linear
 (hubungan gerakan linear)
1.      Menukarkan pita detik kepada bentuk graf halaju melawan masa.
1.      Menggunakan persamaan gerakan linear untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesaran,halaju,pecutan dan masa.
1.      Pelajar dapat mengukur halaju dan pecutan gerakan sesuatu objek.